Tiket Syurga Itu Mahal.

Dalam kuliah di surau semalam ustaz berkongsi ilmu lapan amalan ahli syurga. Salah satunya memohon ampun dan memohon dijauhkan dari neraka. Satu lagi amalan ahli syurga semasa di dunia ….sabar. Moga kita semua sabar dan terus bersabar. Sungguh tiket syurga itu mahal. : Istigfar : Doa jauh dari neraka : Sabar #SASU #TAKATAORANGLAIN #PERINGATANSURAHALIIMRAN

Latihan Memberi Di Awal Usia

Walau sekadar tolak troli yang penuh dengan botol susu. Botol susu untuk mangsa banjir. Rasa empati, kasihan belas bukan perkara lakonan. Ianya bermula di hati. Sama juga bagaimana menyemai rasa kasih anak- anak kepada Nabi. Ianya tidak datang sendiri, perlu disemai, dibaja disiram tiap hari. Sehari berapa kali kita ingatkan anak-anak untuk berselawat. Kerja sekolah …

TERUSKAN BACAAN

Bismillah.

Teruslah sebarkan kebaikan. Teruslah berkongsi kebaikan. Betul kita semua takut untuk menulis dan berkongsi di medsos, takut riak dan sombong. Allah Maha Tahu apa ada di hati kita. Terus sebar kebaikan, menulis dan terus menulis. Dalam keadaan Malaysia hari sekarang, ramai sahabat kita yang memerlukan bantuan. Tidak semestinya dengan menghulur duit. Cukup sekadar berkongsi post …

TERUSKAN BACAAN

Kita Bergerak Sekeluarga Besar

Bergerak beramai- ramai itulah yang terfikir di minda bila membuat kerja sukarela. Masa mula- mula banjir jujurnya saya hanya berdiam sahaja, memikirkan lama tidak menulis di fb juga di wasap group SASU. Bertalu- talu pula dapat panggilan telefon. “Mak Cik ada tak hantar sumbangan ke Shah Alam, kalau ada saya nak hulur sumbangan?”. Waktu Itu …

TERUSKAN BACAAN

Ada Ancaman Ada Ganjaran

Usai solat subuh anak bongsu mengadu. Dia telah membuat satu kesilapan dan terus dilempar dengan kata- kata yang tidak enak didengar. Wajahnya jelas tidak berpuas hati. Tugas ibu, awal pagi lagi kaunter aduan sudah dibuka. Bila anak mengadu, ibu mendengar dan beri perhatian. Mungkin cerita remeh pada kita ibubapa tetapi tidak pada anak. Tunjukkan dengan …

TERUSKAN BACAAN