Pakar Saintis Pertama Dunia

Siapakah pakar saintis pertama dunia?

Satu artikel dalam Majalah Dewan Siswa bil 06/2021 topik Ilmuwan membincangkan seorang tokoh Islam terkenal iaitu Al-Khawarizmi digelar Bapa Matematik Moden. Nama sebenar ialah Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi. Beliau sememangnya tersohor dan dikenali dunia kerana kepakarannya dalam Matematik dan beberapa bidang lain seperti Astronomi dan Geografi.

Selain gelaran Bapa Matematik Moden, beliau juga dikenali sebagai Bapa Algebra kerana telah berjaya menemui formula algebra. Sistem angka yang diperkenalkan oleh beliau telah digunakan sehingga ke hari ini. Sumbangan tokoh ini terlalu besar untuk bidang yang berkaitan.

Sememangnya beliau dikenali sebagai pakar Matematik, Algebra, pakar ilmu trigonometri, ilmu kaji bintang dan ilmu falak. Ilmu yang dimiliki oleh beliau telah ditulis dan ianya menjadi panduan para ahli pemikir negara-negara barat. Antara kitab kajian beliau yang tersohor ialah :

  • Kitab al-Tarikh
  • Kitab al-Rukhmat
  • Hisab al-Jabal wa al-Muqabalah

Di negara barat, nama Al-Khawarizmi lebih dikenali sebagai Al-Goritmi, Al-Gorismi dan beberapa nama lain lagi.

Beliau dilahirkan pada 780 Masihi dan meninggal dunia pada tahun 840 Masihi.

Kita sepatutnya berbangga dengan kehebatan tokoh ini. Jika subjek Matematik dirasakan susah, cuba kita renungkan kembali kehebatan tokoh Matematik ini. Jika beliau mampu menyebarkan ilmu ini untuk manfaat awam, kenapa kita tidak mengambilnya sebagai idola Matematik? Susah jika kita tidak menguasai perkara asas. Namun ianya menjadi senang setelah kita memahaminya dengan baik.

 

Leave a Comment

CommentLuv badge