Canva untuk Pendidikan

Dengan Canva untuk Pendidikan, anda mampu membuat konten pelajaran yang memukau dan menarik perhatian murid. Anda boleh mengadakan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk murid di kelas ataupun secara online.

Terdapat jutaan template untuk pelbagai mata pelajaran atau topik yang sesuai mengikut peringkat umur murid. Selain itu, anda juga boleh menikmati semua fitur premium Canva secara percuma sahaja.

Siapakah yang boleh menggunakan Canva untuk Pendidikan?

Sudah pastinya guru dan murid. Di Malaysia, setiap guru dan murid yang berada dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia akan memperoleh id khas untuk menggunakan dan melayari Canva Pendidikan secara percuma.

Kini sudah ramai di antara guru-guru yang sudah melihat dan menggunakan aplikasi ini kerana kerja menjadi lebih mudah menggunakan Canva.

Apa yang boleh mereka lakukan dengan Canva?

Antaranya membuat lembaran kerja, membuat rancangan pengajaran harian, membuat video pengajaran, membuat buku program dan sebagainya. Sejak menggunakan Canva, saya sudah tidak menggunakan aplikasi yang lain lagi. Cukuplah dengan Canva je!

 

 

 

Leave a Comment

CommentLuv badge