Bengkel Read Along Google

Apa itu Read Along?

Read Along merupakan salah satu dari produk Google. Ia berfungsi sebagai pembantu bagi kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak termasuklah di negara kita ini. Produk ini telah dilancarkan di 180 buah negara termasuk Malaysia.

Buat masa ini, Read Along telah menyokong 9 jenis bahasa iaitu:

• Inggeris
• Sepanyol (Español)
• Portugis (Português)
• Hindi (हिंदी)
• Bangla (বাংলা)
• Urdu (اردو)
• Telugu (తెలుగు)
• Marathi (मराठी)
• Tamil (தமிழ்)

Melalui aplikasi Read Along ini, kanak-kanak akan dibantu oleh “rakan membaca di dalam aplikasi” yang bernama Diya. Diya merupakan rakan perempuan yang sangat mesra dengan pengguna. Menurut Google, Diya akan memberikan galakan dan dorongan kepada anak-anak sepanjang proses pembelajaran membaca anak-anak. Selain itu, cara membunyikan sesuatu perkataan atau ayat juga akan ditunjukkan apabila anak-anak mengetik pada animasi Diya. Sekiranya anak tersilap sebut, Diya akan membuat pembetulan sebutan.

Aplikasi ini boleh diakses melalui telefon pintar versi android dan melayari website. Buat masa sekarang, produk ini tidak dapat digunakan oleh pengguna IOS.  Setiap bacaan anak-anak akan diberikan bintang mengikut sebutan yang berjaya dibaca dengan baik.

Ayuh, kita terokai aplikasi ini bersama-sama dengan anak.

Pada 16 November yang lalu, saya telah membuat perkongsian amalan terbaik kepada sejumlah guru Nilam dalam Daerah Pasir Puteh. Saya merupakan seorang guru Pakar Jauhari bagi Google Workspace 2023. Saya telah diberikan peluang untuk bercerita berkenaan aplikasi Read Along ini. Alhamdulillah, perkongsian saya mudah difahami oleh guru dan pegawai yang terlibat. Saya amat berharap perkongsian amalan terbaik ini dapat diterapkan kepada murid-murid di sekolah masing-masing.

Leave a Comment

CommentLuv badge