Kita Bergerak Sekeluarga Besar

Bergerak beramai- ramai itulah yang terfikir di minda bila membuat kerja sukarela.
Masa mula- mula banjir jujurnya saya hanya berdiam sahaja, memikirkan lama tidak menulis di fb juga di wasap group SASU.

Bertalu- talu pula dapat panggilan telefon.
“Mak Cik ada tak hantar sumbangan ke Shah Alam, kalau ada saya nak hulur sumbangan?”.
Waktu Itu saya hanya berehat sahaja di rumah.
Kemudian masuk lagi satu panggilan.
“Puan ada hantar sumbangan ke, saya nak bagi kat puan ni”.
Saya masih berdiam. Sejak suami sakit empat bulan lalu, memang menyepi terus dari menulis.
Ulang – alik ke klinik dan hospital dalam keadaan umur begini cepat terasa penat.

Pagi semalam terbaca satu post, akan ada pasukan penghantar untuk kawasan Shah Alam, Seri Muda dan kawasan banjir.
Pusat pengumpulan dekat sangat dengan rumah kami.
Macam tersedar dari mimpi, kenapa masih tidak berbuat sesuatu?

Terus saya menulis dalam group sasu dan group family.
Mohon sumbangan, bagi sahaja apa yang ada.

Anak- anak, anak saudara, adik- beradik terus digerakkan.
Masing2 mula menghulur sumbangan.
Fairus Rosli mula pack kain batik, telekung, baju. Siap pack terus tulis dan hantar ke rumah SASU.
Anak- anak saudara yang bekerja terus rancak menghulur sumbangan.
Anak sendiri serta anak saudara yang baru menginjak remaja yang digelar “subuh warrior” asbab pkp tak dapat berjemaah di surau, mereka perlu belajar lepas subuh bukan tidur jadinya saya panggil mereka subuh warrior, semangat banyak bila dipanggil dengan panggilan yang baik.
Di dalam Al Quran juga diperintah agar memanggil dengan panggilan yang baik.
Pagi semalam anak2 subuh warrior bertugas membungkus sumbangan untuk dihantar ke mangsa banjir.

Di rumah sasu semua aktiviti pengumpulan dan pembungkusan dijalankan.
Adik yang sedang bekerja balik sekejap, segala barang yang nak dihantar dia yang uruskan, kemudian sambung kerja semula.

Selesai urus pinggan mangkuk serta kain baju, baru sempat tengok duit dalam akaun.
Hasil sumbangan family serta family sasu, terkumpul tiga ribu lebih.
Duit itu kami gunakan beli pakaian dalam wanita, kemudian ada pula permintaan telekung.

Dalam perjalanan nak shopping pakaian dalam sempat telefon Mak Long penjual telekung.
Mak Long kata meh datang, mak long ketepikan untuk lela.
Sampai rumah mak long, berderet telekung atas meja.
Kami borong semua, telekung harga berpuluh ringgit siap renda cantik jenis cotton mahal, mak long cuma bagi harga pokok.
Rm 30 sahaja, dapat lagi kain free.
Masya Allah …borong telekung hanya rm300, lain mak long infaq!

Allahuakbar, Allahuakbar.
Balik ke rumah terfikir pula, telekung perlu basuh agar mangsa dapat guna terus.
Mesin basuh cuma satu!
Telekung yang banyak diagihkan ke tiga rumah, alhamdulillah kami adik beradik duduk dekat2.

Roslina Ibrahim Noraliza Nordin semua buka kedai dobi semalam, basuh telekung di rumah mereka.
Pagi sebelum mulakan kerja mengumpul duit, pakaian dan apa sahaja, saya dah minta adik Roslina Ibrahim, “kak Lin tolong masak untuk akak sekeluarga, akak sibuk hari ni”.
Masing2 berperanan.
Tukang masak, tukang kumpul, tukang beli dan segala tukang.
Semua berperanan penting.

Selesai basuh telekung dikeringkan lipat masuk plastik dan tulis ” telekung baru” .
Sebab di pusat pengumpulan yang baru akan diasingkan dengan prelove.

Saya kongsikan pengalaman menyantuni mangsa banjir di sini, yang kelihatan di fb mungkin saya sahaja, sebenarnya semua proses di atas bergerak sekeluarga besar.
Keluarga darah daging, keluarga SASU dan keluarga alam maya, saya tidak sendirian.

Terimakasih sahabat.
Kita bergerak sekeluarga besar.

Leave a Comment

CommentLuv badge