Latihan Memberi Di Awal Usia

Walau sekadar tolak troli yang penuh dengan botol susu.
Botol susu untuk mangsa banjir.

Rasa empati, kasihan belas bukan perkara lakonan. Ianya bermula di hati.
Sama juga bagaimana menyemai rasa kasih anak- anak kepada Nabi.
Ianya tidak datang sendiri, perlu disemai, dibaja disiram tiap hari.
Sehari berapa kali kita ingatkan anak-anak untuk berselawat.
Kerja sekolah berapa kali kita ingatkan anak untuk siapkan.

“Dik, dah buat kerja sekolah ke belum?”
Berapa kali kita ulang?

“Dik, dah selawat ke belum hari ni?”
Soalan yang satu ini berapa kali kita ulang.

Kadang kita teralpa.
Dalam alpa kita sebenarnya kita sedang menanam satu prinsip dalam diri anak.
Kerja sekolah sangat penting, urusan dunia sangat penting.
Sedang berapa kali di ulang di dalam Al Quran dan akhirat itu lebih baik dan kekal.
Dunia itu hanya permainan dan sementara.
Yang bersifat sementara juga yang kita lekakan.

Beberapa tahun dahulu semasa berseminar dengan anak- anak remaja di pusat pengajian tinggi.
Saja saya tanya soalan anak tadika.
Dimana Nabi lahir ?
Dimana Nabi wafat ?
Ada yang saling berpandangan.
Yang confident level tinggi terus jawab.
Nabi wafat di Mekah.
Nabi lahir di Madinah.
Saya senyum, mereka pun senyum.
Lega agaknya dapat jawab.
Saya tak kata mereka salah.
Saya ajak bernasyid.

Meh ikut saya nasyid anak tadika.
🎶 Nabi lahir di Kota Mekah.
Nabi wafat di Kota Madinah,
Anak Nabi ada tujuh orang….🎶

Habis bernasyid, saya ulang soalan.
Nabi lahir dimana?
Nabi wafat dimana?
Jawapan seratus peratus betul.

Hari ini hari jumaat, jom ingatkan anak-anak dan pasangan kita.
Selawat hari ini sangat istimewa.
Jom ajak family berselawat, bila anak lupa ingatkan ulang dan ulang peringatan yang sama.
Nak dah selawat dah?
Nak, hari ni hari Jumaat, selawat jom.
Nak, dah petang ni, dah selawat ke belum?

Bismillah…kata- kata yang baik itu sedekah.
Menulis untuk ditinggalkan, menulis untuk mengingatkan diri sendiri serta sesama kita kerana Islam itu bersaudara.

#SASU
#SELAWAT

Leave a Comment

CommentLuv badge