Alam Itu Sekolah Kita

Menyiram pokok, aktiviti pagi di Rumah SASU. Banyak pokok bunga ati- ati yang sudah mati, cuma yang tinggal ati- ati Moscow. Alhamdulillah masih ada. Pokok jambu merendang makin meninggi. Bertahun tanam pokok jambu tapi belum berbuah. Masa siram tadi bercakap juga dalam hati, “potong jerlah pokok ni, dah tinggi sangat”. Sambil siram terpandang sesuatu. Ya …

TERUSKAN BACAAN

Tips Anak Membaca 100 Ayat Sebelum Tidur

14 januari, hari ini Negeri Sembilan bercuti. Anak bongsu dipelawa ikut kakak sepupunya berjalan ke Melaka. Bukan main cepat dia bersiap. Tiba- tiba dah selonggok baju seluar untuk dilipat masuk ke dalam beg. Ingat, sebelum tidur buat apa? Mengingatkan anak yang sibuk melipat baju. Ingat ibu, gosok gigi, ambil wudhuk, ngaji. Lagi? Nak dapat pahala …

TERUSKAN BACAAN

Petunjuk Daripada al-Quran..

Semalam saya baca kisah pemuda mencuri di masjid. Masa baca tu ada bermacam rasa. Rasa kasihan kat pemuda yang baru berumur 19 tahun, hati emak-emak 19 tahun tu rasa kecik jer lagi. Ada pulaadik-adik yang perlu disara, ada datuk yang duduk sekali. Datuk pula dah tua sangat dah. Berfikir-fikir sebelum tidur malam tadi. Kesian anak …

TERUSKAN BACAAN

Apa Maksud al-Amin?

Sedang mengosok baju, anak yang sedang bersiap untuk ke sekolah datang dekat. “Ibu, ibu bagi duit belanja terlebih ni” dia hulurkan seringgit yang terlebih. Duit diambil, anak dipandang dengan senyuman. “Sayang, Al Amin tu gelaran untuk Rasulullah, apa maksud Al Amin tu?” “Jujur ibu” jawabnya sambil membetulkan kolar baju sekolah. Perbualan pendek sambil gosok baju. …

TERUSKAN BACAAN

Mulakan Mengajar Dengan Bismillah, Semua Jadi Ibadah.

Di dalam buku tertulis paru- paru. Bila anak baca dia sebut pura- pura. Sebagai ibu ambil perhatian keadaan ini. Samada anak tersalah atau anak keliru. Andai sekali mungkin tersalah, jika berkali- kali anak ulang kesalahan yang sama, catat kesilapan anak dalam buku kecil. Perhatikan kesalahan apa yang selalu diulang. Bila ibu mencatat lebih mudah buat …

TERUSKAN BACAAN