Tips Anak Membaca 100 Ayat Sebelum Tidur

14 januari, hari ini Negeri Sembilan bercuti.
Anak bongsu dipelawa ikut kakak sepupunya berjalan ke Melaka.

Bukan main cepat dia bersiap.
Tiba- tiba dah selonggok baju seluar untuk dilipat masuk ke dalam beg.
Ingat, sebelum tidur buat apa?
Mengingatkan anak yang sibuk melipat baju.

Ingat ibu, gosok gigi, ambil wudhuk, ngaji.
Lagi?
Nak dapat pahala solat sepanjang malam, apa kena buat?
Eh! Al Quran tak bawak, baca Al Quran 100 ayat sebelum tidur bu” dia jawab sambil bangun cari beg Al Quran.

Beberapa hari lepas dia menghafal hadis kelebihan membaca 100 ayat Al Quran setiap malam.
Selepas baca dia cuba praktikkan untuk membaca 100 ayat sebelum tidur .
Tips anak membaca 100 ayat sebelum tidur.
Al Mulk 30 ayat
As Sajadah 30 ayat.
Al Waqiah 50 ayat, cukup 110.

Maaf, andai nampak berkira sangat anak dengan angka.
Proses mendidik dan mengamalkan mengambil masa.
Untuk ikhlas mengamalkan, lalui sahaja proses. Mudahan seiring dengan masa ianya jadi life style anak.
Sebagai ibu, sekadar mengingatkan tentang apa yang dijanjikan Pencipta untuk hambaNya.
Malam tadi lompong juga 100 ayat itu.

#bertatihmendidik

Leave a Comment

CommentLuv badge