Hari ini kami suami isteri menziarah kakak ipar. Sampai rumah kakak ipar, kami terus tuju ke dapur.
Memang di dapur tempat berborak sambil kakak menjamu kami.
Rancak berborak saya tertarik dengan satu cerita yang kak ipar ceritakan.
Tentang menantunya, Zai seorang jururawat yang sudah beberapa hari merawat seorang makcik tua.
Mak cik ini dibawa ke hospital dalam keadaan kakinya habis dah terburai daging.
Dari cerita kak ipar, memang teruk kaki makcik ni.
Daging kaki terburai bahagian belakang kaki atas lutut pulak berlubang.
Doktor terpaksa buat pembedahan memotong kaki makcik ini.
Kata kak ipar, menantunya berasa pelik. Sepanjang menjaga mak cik ni, kakinya langsung tak pernah berbau.
Selepas pembedahan dan sebelum pembedahan langsung tak ada bau, sedangkan sebelum pembedahan kakinya memang teruk daging terburai.
Sakit macam mana sekalipun, mak cik ni cuma senyum.
“Lepas kaki kena potong pun mak cik ni senyum jer. Sebelum potong pun senyum. Dia tak banyak cakap” kak ipar menggulang cerita menantunya.
Usai bercerita kak ipar cuit tangan saya.
“Lela, mesti orang tua tu ada amal apa- apa kan, dalam hidup dia”.
Kali ini giliran saya pulak tersenyum.
“Senyum, itulah amalan mak cik tu kak” saya membuat andaian sendiri.
Dari cerita kakak ipar, tentang keadaan kaki mak cik itu pasti kesakitan yang ditanggungnya bukan sedikit.
Kalau luka kecil pun kita mengaduh inikan pula daging dan kulit sudah tak melekat.
Tapi mak cik hebat cuma senyum.
Allahuakbar.
Suami isteri kalau berselisih pendapat pun dah tarik muka, dah tak dapat nak senyum semanis gula. Tak kata orang lain ni.
Betapa hebat penangan senyum.
Nabi Muhammad insan paling banyak tersenyum.
Hari ini belajar sesuatu dari cerita kakak ipar.
Beberapa hari selepas pembedahan mak cik senyum dijemput Pencipta.
Cerita yang ditinggalkan membekas di hati.
Moga Allah bagi kekuatan kepada kita untuk terus tersenyum dalam apa pun keadaan.
Masa menulis ini pun masih terfikir, agaknya mak cik pulang bertemu Pencipta juga dalam keadaan senyum kan? Kerana senyum itu amalannya.
Bismillah, jom senyum sentiasa.
#azamsenyum
#makciksenyum