Alam Itu Sekolah Kita

Menyiram pokok, aktiviti pagi di Rumah SASU.
Banyak pokok bunga ati- ati yang sudah mati, cuma yang tinggal ati- ati Moscow.
Alhamdulillah masih ada.

Pokok jambu merendang makin meninggi.
Bertahun tanam pokok jambu tapi belum berbuah.
Masa siram tadi bercakap juga dalam hati, “potong jerlah pokok ni, dah tinggi sangat”.
Sambil siram terpandang sesuatu.
Ya Allah, ada dua sarang burung.
Sungguh, semua yang Allah cipta tak ada yang sia- sia.( Surah al-Imran )
Bukan rezeki kami tetapi rezeki si burung membuat sarang.
Sekarang musim panas, tentu burung- burung ni seronok dapat berteduh ditempat sejuk.
Allahuakbar.

Burung dan pokok jambu ini boleh menjadi bahan objek untuk ajak anak tadabur dan tafakur.
Allah jadikan tumbuhan mengambil yang buruk ( karbon diaoksid ) dan mengeluarkan oksigen yang bersih untuk bernafas.
Allah jadikan haiwan untuk jadi sumber makanan manusia.
Allah tundukkan makhluk yang lain untuk hambaNya yang bernama manusia!
Bagaimana pula kita memegang amanah sebagai hamba dan sebagai khalifah memakmur dan menjaga bumi.

Alhamdulillah sambil siram pokok Allah rezekikan bahan bantu mengajar di keliling rumah.
Sungguh alam itu sekolah kita.

#ululalbab
#alamitusekolah

Leave a Comment

CommentLuv badge