Terperanjat pagi ini tengok baju sekolah anak, kedut sana sini .
Mukanya masam mencuka sambil makan karipap .
Kisahnya, waktu pagi baru masing – masing sibuk nak menggosok baju sekolah .
” Uwais dah gosok baju ni, tapi iron tu melekat ” ayat mempertahankan diri, Si anak
Ikutkan hati memang nak marah.
Alhamdulillah, teringat satu tulisan sahabat fb.
Cuaca satu rumah banyak bergantung pada cuaca Si Ibu .
Tarik nafas, istigfar, duduk .
Tarbiyah subuh sambil anak sarapan .
” Uwais, semua kerja ni patutnya buat malam tadi. Buat persiapan awal . Gosok baju, gantung. Kalau iron kita rosak kita masih boleh fikir nak buat apa, itu malam tadi ” .
Sambil anak makan, sambil dengar .
” Sekarang kita hidup kat dunia, nak balik negara akhirat, nak ke syurga . Semua tu kena buat persiapan . Nak ke sekolah kena buat persiapan, nak ke syurga pun kena buat persiapan, ingat cakap ibu ni ” .
Cerita anak ramai .
Cerita ibu tua .
Meniti usia berbaki, pilihan di tangan kita.
Mahu marah atau menyampaikan .
#SASU
#KONFLIKSITUASITARBIYAH
#IBUGURU