Kepala Lembu

Adik dan abang berebut ingin mendapatkan kepala lembu ini. Entah apa yang ada di fikiran mereka.

Bila ditanya “Abang nak buat apa dengan kepala ni?”

Katanya: “Abang nak bagi hadiah kat cikgu sebab cikgu suka sebut kuba laut.”
(Apa kaitan kepala lembu dengan kuba laut ek?)

“Adik nak buat apa dengan kepala lembu ni?”

“Adik nak minta ayah buat sate kepala lembu!”
Tegas bunyinya.

Lawak juga alasan si adik.

Tiba-tiba kenangan lama terus datang. Teringatkan seseorang yang selalu menyebut perkataan ini semasa di sekolah menengah.

Leave a Comment

CommentLuv badge