Solat : 5 waktu sehari (1 waktu = 10 minit) 10 minit x 5 waktu = 50 minit
Tidur: Sehari 8 jam = 480 minit
Makan: 3 kali sehari ( sekali makan = 20 minit) 20 minit x 3 = 60 minit
Bekerja : Sehari 8 jam = 480 minit
Media sosial : 5 jam = 300 minit
Allah mengurniakan setiap manusia mempunyai masa yang sama iaitu 24 jam ( 1440 minit) sehari.
Aktiviti apakah yang paling sedikit dan yang paling banyak?
Adakah kita perasaan perkara yang paling sedikit itulah memberi keselamatan kepada kita di hari akhirat nanti?
Masih ada alasan untuk tidak belajar mengenai solat?