Jika orang makan orang pun boleh menulis kisah hidup, inikan pula saudara yang hanya makan kurma.

Kami dapat melihat hasil tulisan itu di State Library Victoria, Melbourne. Naskhah itu betul-betul di hadapan kami. Keadaan bilik gelap dan cahaya disorot terus ke arah naskhah berkenaan.

Catatan pada tahun 1822 merupakan kisah pengalaman Pearce dan tujuh banduan lain yang berjaya melepaskan diri dari penjara.

Kebebasan itu memakan diri. Mereka sendiri tidak pasti mahu ke mana. Tersesat tanpa petunjuk dan lama kelamaan kelaparan menggigit fikiran dan emosi.

Mantera yang diucap hanyalah “Aku mahu terus hidup.”

Mantera yang lemah tanpa perencanaan yang baik. Panik memimpin tindakan mereka.

Mereka mula melihat seorang itu hidangan kepada yang lain.

Lapan
Tujuh
Enam
Lima
Empat
Tiga
Dua

Satu. Lelaki bernama Alexander Pearce menjadi banduan terakhir yang masih hidup.

Orang yang diburu akhirnya ditangkap selepas 15 hari.

Dia dihukum gantung atas kesalahan cannibalism sedangkan sebelum ini dia dipenjara atas kesalahan mencuri.

Kisah itu dicatat oleh Pearce.

Tahun 1824, dia mati. Cerita hidup kerana ditulis.

Disebutkan pada tempoh penghukuman, Pearce menyebut, “Man’s flesh is delicious. It tastes far better than fish or pork.”

Bagaimana pula dengan saudara?

Jika orang makan orang pun boleh menulis kisah hidup, inikan pula saudara yang hanya makan kurma.

Lihat panduan menulis kisah hidup dalam kuliah besar di https://yosh.my/order/form/vsspr2021/main

Leave a Comment

CommentLuv badge