Aura SPR

Selepas 13 hari mengikuti kuliah-kuliah premium di Sekolah Penulisan Ramadan, Cikpuan Aishah Ghani berkongsi cerita semalam. “Hari ini, 3 Mei 2021 telah membuat deraf tajuk buku dan 16 bab lengkap dengan tajuk. Senaraikan tajuk dahulu mengambil aura SPR yg telah berakhir. Insha Allah Syawal akan mulakan penulisan bagi setiap bab. Semoga dapat diselesaikan pada tahun …

TERUSKAN BACAAN

Apakah cerita-cerita yang ibu dan ayah dapat tulis?

Tulis sedikit yang menjadi. Mungkin ibu menulis cerita-cerita kumpulan resipi, cerita panduan mengurus wang untuk belanja rumah dan boleh jadi cerita cara menjadi isteri di rumah tetapi profesional di pejabat. Mungkin bapa menulis cerita panduan hidup survival, kemahiran mandiri atau pun cerita mengurus risiko hidup. Tulisan-tulisan ini diusahakan oleh ibu-bapa agar anaknya membaca ketika diperlukan. …

TERUSKAN BACAAN

Nak jadi penuliskah atau pentaksub?

“Cikgu penulisan saya cakap begitu begini. Tuan buat benda lain. Salah ini.” “Saya betul atas konteks saya dan dia betul atas konteks dia. Kerja saudara belajar, perhatikan dan tentukan cara kerja yang ‘memudahkan’ kerja sendiri, bukan memenuhi kehendak orang lain. Itukan tulisan saudara.” “Ikut sahajalah kata guru saya itu. Ikut seorang guru, senangkan. Dia suruh …

TERUSKAN BACAAN

Pagi ini membaca refleksi para peserta Sekolah Penulisan Ramadan. Salah seorang peserta yang kuat berusaha, Puan Adilawati Abdullah menulis,

“Saya mendaftar masuk ke kelas ini dengan perasaan ragu-ragu pada awalnya kerana terfikir samada ia berbaloi atau tidak..” Diam sebentar, ah apa yang berlaku? Kita teruskan pembacaan. Kata Puan Adilawati lagi, “Alhamdulillah. Dengan hanya menghadiri kuliah pertama sahaja saya merasakan segalanya berbaloi dengan wang yang saya laburkan.” Alhamdulillah. Puan Adilawati merupakan seorang guru, beliau berkata, …

TERUSKAN BACAAN

Begitulah nasib kita apabila sejarah diri tidak ditulis dan hilang tanpa jejak.

Akhirnya, kita berpaut kepada sejarah orang lain bagi membina kekuatan diri. Begitu penting kita menulis dan merakam waktu agar orang di hadapan berpaut pada dahan yang betul. Ini yang dapat kita pelajari apabila berkesempatan melihat buku sekolah milik Revel Cooper ketika melakukan penelitian bahan di Australia. Pada waktu itu beliau merupakan pelajar tahun enam. Buku …

TERUSKAN BACAAN