Pagi ini membaca refleksi para peserta Sekolah Penulisan Ramadan. Salah seorang peserta yang kuat berusaha, Puan Adilawati Abdullah menulis,

“Saya mendaftar masuk ke kelas ini dengan perasaan ragu-ragu pada awalnya kerana terfikir samada ia berbaloi atau tidak..”

Diam sebentar, ah apa yang berlaku?

Kita teruskan pembacaan.

Kata Puan Adilawati lagi, “Alhamdulillah. Dengan hanya menghadiri kuliah pertama sahaja saya merasakan segalanya berbaloi dengan wang yang saya laburkan.”

Alhamdulillah.

Puan Adilawati merupakan seorang guru, beliau berkata, “Saya secara peribadi ingin menulis tentang dunia kecil saya bersama murid-murid orang asli saya.”

Ini sisi yang unik yang mahu kita ikuti sama-sama.

Terima kasih Puan Adilawati, peserta Sekolah Penulisan Ramadan.

Kita buka kalendar, melihat baki Ramadan, kemudian melihat grup Sekolah Penulisan Ramadan, dalam hati berkata, “Tak lama lagi pintu masuk akan ditutup, sayangnya jika orang sebagus Puan Adilawati di luar sana tak masuk sekarang.”

Tuan dan Cikpuan yang membawa pengalaman hidup dan pengetahuan kecil dan besar, kita sama-sama masuk ke jemaah pen dan kertas ini ya.

Maklumat lanjut ada di link ini https://yosh.my/order/form/vsspr2021/main

Leave a Comment

CommentLuv badge