Sebaris Ayat Melebarkan Manfaat

/

Dua orang lelaki, seorang sudah berumahtangga dan seorang lagi bujang bertemu di halaman rumah masing-masing.

Hari Sabtu, mereka tidak bekerja.

Jiran yang bujang baru sahaja kematian ibu. Sakit tua merupakan penutup perjalanan ibu. Dia berbual mengenai kebaikan-kebaikan yang dirasai olehnya.

Balas lelaki yang sudah berumahtangga, “Jika kita mendapat 30 jenis kebaikan sepanjang kita hidup bersama ibu, senarai kebaikan itu akan berkurangan setiap tahun dalam diri kita.”

“Kenapa jadi begitu?” soal lelaki bujang.

“Kerana kita berlumba dengan masa untuk mengekalkannya dalam ingatan. Masa menghakis kekuatan kita mengingat. Kita semakin tua.”

“Aku tak mahu kebaikan-kebaikan ibu hilang dalam ingatan.”

“Maka menulislah. Kerana menulis adalah cara kita menyimpan budi.”

Menulis adalah ikhtiar kita mengepung kebaikan, diempangkan agar dapat dialirkan semula kisah budi menjadi didik kepada diri dan pembaca secara berdikit.

Kerana itu kita menulis.

Sebaris ayat mengingati.
Sebaris ayat memuji
Sebaris ayat melontar harapan baik
Sebaris ayat melebarkan manfaat

Itu semua dapat berlaku apabila menulis menjadi proses mengenang budi.

Kerana dalam hidup kita kerap kita bertemu orang baik yang memberikan bahagian hidup mereka untuk kita jamah rasa.

Sayang sekali jika jejak mereka hanya tinggal rasa tanpa kata-kata.

Suburkan kata dalam cerita.

Belajar menyampaikan menggunakan ilmu mengarang cerita.

Lihat panduan menulis kisah orang yang kita sayang pada link di bawah.

https://yosh.my/order/form/vsspr2021/main

https://yosh.my/order/form/vsspr2021/main

https://yosh.my/order/form/vsspr2021/main

Leave a Comment

CommentLuv badge