5 Kesan Emosi Yang Dirasakan Anak-Anak Mangsa Penceraian Yang Wajib Ibu Bapa Mesti Tahu!

Pernahkah kita sebagai orang dewasa mengambil tahu perasaan anak-anak yang melalui proses sukar setelah kedua ibu bapanya berpisah?

Di mata kita, ianya nampak tiada apa-apa atau tak ada apa yang perlu dirisaukan. Namun tanpa kita sedar, jiwa mereka amat tertekan cuma mereka tidak tahu bagaimana untuk meluahkannya. Jika diluahkan, dikatakan “Diam, kamu tak tahu apa-apa”.

Sebenarnya kita lah yang tidak memahami apa yang dilaluinya. Jiwa saya amat terseksa dan gelisah apabila berdepan dengan murid yang berusia 7 hingga 12 tahun. Ianya kerana mereka suka meluahkan rasa sakit hati apabila kedua ibu dan ayahnya bergaduh malah ada bercerai.

“Cikgu, tolong la saya. Mak ayah saya dah bercerai”
“Cikgu, saya nak mak ayah saya berbaik semula. Cikgu tolonglah saya”

Banyak lagi dialog yang amat meruntun jiwa. Jiwa anak sekolah rendah suka bercerita dengan guru mereka. Apalah sangat yang mampu dilakukan oleh seorang guru melainkan memberikan kata-kata positif yang mahu mereka terus bangkit dan bangkit.

Di sini saya berikan 5 kesan emosi yang dirasakan anak-anak mangsa perceraian yang wajib ibu bapa mengetahuinya.

1. Anak yang lebih muda usianya lebih sukar untuk menyesuaikan diri dan tidak tahu bagaimana untuk dirinya menangani tekanan akibat perceraian.

2. Mudah terasa seperti mereka sedang di benci atau di sisih oleh kedua ibu bapa yang telah meninggalkan mereka.

3. Mengalami perasaan keliru dan berbelah bagi terhadap kesetiaan yang perlu ditunjukkan antara ibu dan ayah.

4. Fahamilah. Mereka juga mempunyai perasaan malu yang sukar ditafsirkan ketika berdepan rakan-rakan atau saudara mara seusia dengannya yang masih mempunyai ibu dan ayah yang tinggal bersama.

5. Walaupun kanak-kanak faham apa yang berlaku namun mereka masih terlalu muda untuk mengawal keadaan. Pemikiran mereka tidak sematang kita yang telah melalui pelbagai pengalaman hidup.

Leave a Comment

CommentLuv badge