5 Tips Mudah Untuk Anak Mudah Bangun Tidur

Post kali ini, saya suka untuk berkongsi 5 tips mudah untuk memudahkan anak bangun tidur di waktu pagi. Saya berharap tips ini dapat membantu ibu, ayah atau penjaga.

Tips:

1) Rutinkan tidur awal

Ini adalah tips paling mudah. Jika waktu tidur tidak dirutinkan, memang sukar nak rutinkan waktu bangun anak-anak. Apatah lagi jika kita baru pulang dari jauh. Dah tentu anak memerlukan rehat yang cukup. Oleh itu, rancanglah perjalanan supaya dapat sampai awal ke rumah. Jika masih berlaku hal di luar kawalan, terima jer hehe

 

2) Tidur dalam emosi positif

Emosi semasa hendak tidur sangat mempengaruhi cara untuk bangun pagi. Berikan sedikit masa untuk anak-anak menyesuaikan emosi mereka untuk tidur. Katakan tidak kepada tv/gajet sekurang-kurangnya sejam sebelum waktu tidur. Jika anak sedang bermain mainan kegemaran mereka, anda WAJIB beri peringatan mengenai waktu tidur mereka.

Apabila minda anak ‘disediakan’ untuk masuk tidur, mereka akan tidur dalam emosi yang positif dengan lebih mudah. Elakkan anak tidur dalam keadaan menangis, marah dan sebagainya. Tidur dalam emosi yang positif adalah kunci utama tips anak mudah bangun pagi.

 

3) Bacakan buku/bercerita

Pilih cerita-cerita yang ceria seperti kisah para nabi dan mungkin ianya ada kaitan dengan keseronokan pergi ke sekolah. Bercerita kepada anak kecil sangat mudah. Pilih sahaja apa-apa cerita yang mempunyai pengajaran positif. Itu sudah cukup untuk membuatkan mereka rasa gembira. Yang penting intonasi yang menarik dan sudahi dengan ‘happy ending‘.

 

4) Refresh aktiviti esok hari

Hanya sebutkan secara umum apa yang anak-anak akan buat bila mereka bangun dari tidur.

Contohnya:

“Esok Ahmad nak bangun awal, nak mandi, gosok gigi lepas tu pakai baju sekolah”.

“Esok Ainul nak bangun awal, nak pergi sekolah jumpa kawan-kawan”

Minda separuh sedar anak-anak akan lebih bersedia untuk pergi ke sekolah. Saya jarang sebutkan pergi sekolah kena belajar rajin-rajin. Hanya sebutkan suasana positif mengenai sekolah sahaja.

 

5) Tidurkan dengan makanan rohani

Selepas baca doa tidur, pasangkan ayat-ayat Al Quran bagi menemani mereka tidur. Insya Allah apabila dibiasakan dengan rutin ini, anak-anak sendiri yang akan ingatkan bila kita lupa pasangkan untuk mereka. Al Quran adalah terapi terbaik untuk dapatkan tidur yang berkualiti malah sangat membantu anak-anak untuk menghafaznya kelak. Insya Allah

 

Cuba ye. Nanti boleh kongsikan pengalaman anda bersama kami di sini pula.

 

 

 

Leave a Comment

CommentLuv badge