Kreatifnya Anakku

 

“Wah, kreatifnya ”

“Eh, sejak bila Ahmad kreatif macam ni?”

“Kat mana dia belajar sampai kreatif ni?”

Banyak lagi klu yang bermain dalam fikiran kita. Kreatifkan anak kita. Adakala dia mampu membuatnya lebih dari gambar kat atas.

Biasanya bila saya tidak sibuk, saya akan perasan semua perbuatan dia. Entah apa lagi yang dia buat lebih kreatif yang telah saya termiss. Argh, ruginya saya kerana dah terlepas momen yang indah itu.

Saya suka bermain dengan anak. Cuba bagi idea untuk nampak lebih comel. Bila buat macam tu, anak pun suka, ibu lagi happy. Hubungan kami lebih kamceng. Best sangat bila kita satu kepala dengan anak hehe Saya mahu dia akan mengingati setiap saat kami bersama. Ibu kekal dalam hati dia.

Jap lagi saya nak join dia ambil gambar menggunakan anak patung. Ada ilmu yang saya akan dapat dari anak kecil ini. Kecil macam ni pun, boleh jadi cikgu juga hehe Saya akan masukkan hasilnya di sini.

 

 

Leave a Comment

CommentLuv badge