Assalamualaikum.
Hari ini, saya ingin berkongsi madu kesukaan anak-anak iaitu madu lebah kelulut. Rasanya yang manis dan masam memang menarik minat anak-anak untuk merasainya setiap hari. Apatah lagi, madu tersebut diletakkan didalam peti sejuk. Wah, memang sedap. Saya dan suami pun memang menyukainya.
Apabila stok madu lebah kelulut hampir habis, kami mula sibuk mencari dengan pembekal. Alhamdulillah, kami selalu mendapat madu segar dari ladang. Anak sulung saya, Ahmad Bukhari pernah melihat pak cik Isham menyedut madu dari sarang lebah kelulut. Hampir riuh sekampung kerana keterujaannya dapat melihat sarang lebah sekaligus dapat melihat cara-cara menyedut madu.
Saya suka memberikan anak meminum atau memakan produk dari madu lebah kelulut kerana antara khasiatnya ialah meningkatkan metabolisme badan anak-anak. Dalam setahun, 2 atau 3 kali pun sukar nak demam teruk. Hanya sekadar demam biasa. Pagi demam, malam dah kebah. Masa demam, mulut kita pun terasa pahit dan nak menghilangkan rasa pahit, kita mesti nak makan makanan yang masam. Itu sebabnya, kami sekeluarga sukakan madu lebah kelulut. Masam tapi amat bagus untuk kesihatan.