Aurat ketika bersalin

Aurat

 

Ringkasan dari “AURAT KETIKA BERSALIN” dari Semanis Kurma TV9:

1. Suami WAJIB memelihara aurat dan maruah isteri dalam apa jua keadaan.
2. Dari awal disahkan hamil, pemeriksaan PERLU dijaga dalam hal aurat.
3. WAJIB MENDAHULUKAN DOKTOR PEREMPUAN TERUTAMANYA DOKTOR ISLAM.
4. MENTAATI Allah dengan sebaiknya dan meninggalkan segala yang terlarang.
5. JANGAN ambil mudah dalam soal proses kelahiran.

Selain itu, pesanan mereka dalam Semanis Kurma TV9, apabila dalam keadaan isteri terlalu SAKIT sangat sehingga menyebabkan hilang punca dan tak boleh berfikir maka :

1. PERANAN SUAMI sangat penting dan mustahak kerana suami perlu membuat keputusan berkaitan aurat dan maruah isteri.

2. Suami WAJIB menjaga dan memelihara aurat isteri ketika dalam wad, bilik bersalin (Labour Room) dan di lain-lain tempat.Antaranya seperti isteri tidak memakai tudung, kain terselak sana-sini, baju berlengan pendek, menyusu bayi dalam keadaan suasana terbuka sehingga orang lain boleh nampak aurat dada isteri dan perlu di ingatkan ada juga staff lelaki yang mana tugasnya memberi makanan kepada pesakit di dalam wad.

3. WAJIB, WAJIB, dan WAJIB ada MAHRAM yang menemani isteri ketika datangnya darurat yang mengizinkan aurat terbuka.
> Pertama SUAMI
> kedua SAUDARA PEREMPUAN
> ketiga jururawat perempuan

* Di hospital kerajaan, biasanya terdapat doktor pelatih lelaki dan jururawat pelatih lelaki yang berada di dalam bilik bersalin. Ingat peranan anda sebagai suami.Apa yang lebih penting? : Menjaga aurat isteri atau doktor pelatih?

p/s : Semoga Allah terus pelihara AURAT & MARUAH isteri kita semua untuk proses kelahiran yang seterusnya. Bagi yang telah berlaku dalam keadaan tidak mampu BERTEGAS, TIDAK cukup bersedia dan sebagainya maka bertaubat dan muhasabah diri.

Insya Allah, DIA Maha Pengampun

 

Leave a Comment

CommentLuv badge