Nak etek

Bayi pun boleh belajar juga tau… Tak percaya? Cubalah anda membuat carian di Google. Terlalu banyak artikal berkaitan pendidikan kepada bayi dan testimoni ibubapa yang berjaya mengajar anaknya dari kecil. Antaranya kisah Puan Lina yang berjaya memberi pendidikan alquran kepada 2 anaknya sehingga berjaya menghafaz alquran.

Saya adalah salah seorang pembaca blog puan Lina. Anda boleh klik  http://www.darwishndarwisya.blogspot.com

Sekali membaca, pasti hati ingin mengunjungi blog itu berkali-kali. Tak jemu membaca kisah beliau mendidik anak-anak syurga. Dalam hati saya, ingin melakukan sepertimana beliau lakukan. Insya Allah, jika saya tidak jemu berusaha, hasilnya akan nampak jua.

Kini, saya mempunyai anak kecil berusia 7 bulan yang sudah pandai merangkak dan mengeluarkan perkataan “nak etek, nak etek”. Ianya loghat Kelantan. ( nak juga ). Saya sentiasa membaca surah alfatihah dan juga menyanyikan lagu “Erti Fatihah” yang dinyanyikan oleh Puteri anak Puan Nora. Memang bayi saya menunjukkan aksi luarbiasa ketika saya membaca surah tersebut dan juga menyanyi. Tambah pula, abang 4 tahun dan kakak 3 tahun yang sudah menghafalnya turut bersama saya untuk membaca dan menyanyi.

Apapun, perkataan “nak etek” juga yang keluar dari mulutnya. Saya perlukan lebih banyak pengulangan surah tersebut kerana perkataan “nak etek” paling banyak yang didengari oleh si adik.

Bayi

Leave a Comment

CommentLuv badge