Mudahnya menaip

Assalamualaikum

Alhamdulillah, kita masih diberikan nafas untuk terus menjalani aktiviti harian seperti sebelumnya. Syukur ya Allah. Terlalu banyak nikmat yang telah Engkau berikan kepada makhluk dilangit dan dibumi.

Mudahnya menaip. Sebaik jari berada dikeyboard atau telefon bimbit, lajunya jari menaip. Kemudian tekan ok atau post. Apa yang ditaip terus terpapar diblog, di facebook, di instagram atau dimana-mana laman sosial yang diingini. Tidak lama kemudian, sebarang komen atau respon akan mula mengisi ruang.

Pernahkah anda terfikir, setiap apa yang anda post di laman sosial itu akan memberi pahala atau dosa buat diri anda? Begitu juga jika ianya menjadi viral untuk ramai pengikut? Renung-renungkanlah kerana mudahnya menaip boleh membawa kita untuk mudahnya mengumpul pahala dan dosa sehingga ke alam sana.

Mudahnya Menaip

Leave a Comment

CommentLuv badge