Majlis Khatam Al-Quran

Alhamdulillah… Syukur ke hadrat Ilahi kerana diri ini masih diberi peluang untuk bernafas hingga ke saat ini.

Hari ini, saya berpeluang untuk menyertai majlis khatam alquran peringkat sekolah. Murid yang khatam pada hari ini nampak begitu ceria dengan pakaian baru. Begitu juga dengan murid tahap satu yang berjaya berpuasa penuh.

Selain itu, semua murid bergembira kerana telah mendapat duit raya lebih awal sebelum menjelang hari raya. Pelbagai angan-angan yang mereka luahkan. Ingin menyimpan, ingin membeli mainan baru, ingin membeli telefon bimbit malah ada yang teringin membeli mercun!!!

Buat ibubapa, jangan lupa untuk memeriksa beg anak anda dimusim perayaan ini. Jika disekolah, banyak mercun dan bunga api yang telah dirampas. Kami amat mengutamakan keselamatan anak tuan puan.

Khatam Alquran

Leave a Comment

CommentLuv badge