Belajar…

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, semalam genap usia 8 bulan untuk si manjaku Abdullah Muslim. Perubahan sikap yang terbaru ialah sudah pandai belajar berjalan, mudah merajuk malah suka mengusik kakaknya yang berusia 3 tahun sehingga menangis. Abdullah Muslim memang “satu kepala” dengan abangnya Ahmad Bukhari yang berusia 4 tahun apabila mengusik Ainul Mardhiah.

Faktor pemakanan yang berkhasiat dan belajar dari pemerhatian telah membuatkan Abdullah Muslim lebih cepat belajar dari usianya. Memang seronok apabila melihat perkembangan positifnya tetapi dihati kami (ibu dan ayah) tetap terselit rasa risau dengan keaktifannya. Risau dia akan tercedera dalam proses pembelajaran seperti memanjat dan belajar berjalan.

Selain itu, setiap hari saya akan memastikan Ahmad Bukhari dan Ainul Mardhiah menghafaz surah pendek. Saya juga memastikan Abdullah Muslim berada disisi ketika sesi pembelajaran diadakan. Setiap kali mendengar surah alfatihah, Abdullah pasti teruja dan mengeluarkan suara. Kadang-kadang terkeluar kalimah Allah, kalimah hujung ayat yang dapat ditangkap oleh pendengarannya. Saya banyak belajar dari blog Puan Lina dan juga dari ebooknya. Memang seronok apabila dapat melihat hasilnya walaupun saya dan suami perlu banyak berkorban.

Insya Allah, saya akan kongsikan lagi pengalaman mengajar anak-anak syurga di masa akan datang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top