Kitakah Perosak Anak?

lazy eye2

Belajarlah daripada kesabaran dan ketabahan sebatang pokok yang besar. Mampu untuk menahan ribut dan taufan kerana ia mempunyai batang yang kukuh dan kuat.

Ianya bermula dari benih yang kecil kemudian ia tumbuh menjadi pohon yang besar dan akarnya juga semakin kuat. Sebelum ia menjadi kuat, ia belajar menahan kepanasan sinaran matahari, menahan sejuk dan kuatnya angin serta dinginnya hujan. Malah dari gangguan haiwan dan manusia.

Begitulah juga anak kita. Hiasilah dirinya dengan ilmu agama, adab, akhlak dan ilmu akademik sebagai persiapan dirinya menghadapi hari mendatang. Janganlah dilepaskan dia keseorangan mencari semuanya. Takut-takut, dia tersalah pilih dan merosakkan masa depan. Akhirnya, kita yang akan dipersalahkannya seumur hidup.

Ikan yang hidup di lautan masin, dagingnya tetap tawar meskipun hidup di sekitar yang masin.

Leave a Comment

CommentLuv badge