Cabaran Mendidik Anak Perempuan

zahra

Mendidik anak perempuan perlu diberikan perhatian yang lebih kerana sifat mereka yang lemah lembut dan mudah terasa. Cuba anda renungkan kembali perangai anak perempuan anda atau anak saudara atau kanak-kanak perempuan yang anda kenali. Mudah sangat merajuk. Jika melihat sesuatu, jiwanya cepat tersentuh.

Jiwa mereka halus mereka sangat terdedah dengan pelbagai ancaman. Jika di didik dengan sempurna, insya Allah akan diberikan ganjaran yang hebat oleh Allah Ta’ala.

Ibu ayah perlulah menekankan soal maruah, soal harga diri, soal keselamatan, fiqh wanita, halal haram dan juga kepentingan menjaga aurat. Ianya boleh ditekankan sedikit demi sedikit. Tak ada salahnya jika anak perempuan di didik memakai pakaian yang sedikit menutup aurat dari kecil. Kesannya amat besar.

Saya akui menjaga anak perempuan amat mencabar. Saya tabik hormat kepada ibu bapa yang berjaya mendidik anak perempuan mereka dengan baik. Tips terbaik ialah sentiasa memohon pertolongan Allah dalam mendidik mereka. Insya Allah, Allah pasti membantu.

Leave a Comment

CommentLuv badge