Anak Pertama “The Trendsetter”

Abang Long atau Kak Long mengingatkan kita tentang kedudukannya di dalam keluarga. Ini kerana dia sebenarnya memainkan peranan yang dapat membantu ibu dan ayah mencorakkan kehidupan adik-adiknya di bawah.

Along boleh bertindak sebagai The Role Model yang akan menjadi benchmark kepada adik-adik yang lain. Kebiasaannya adik akan patuh kepada setiap arahan along berbanding ibu dan ayah. Ini kerana jarak usia yang lebih dekat memampukan dia berinteraksi dengan lebih baik.

Apabila tiba waktu untuk belajar al-quran, along akan memanggil adik-adiknya. Arahan terus dipatuhi ibarat seorang askar yang patuh dengan arahan panglima. Jika ibu atau ayah, lambat sedikit adik-adik yang lain nak ikut. Tunggu sekejap, nanti la tapi dengan along, tiada sebarang alasan. Semuanya mesti TITIK.

Itulah yang sering berlaku kepada anak saya. Mungkin nampak dia terlalu tegas dengan adik-adik tetapi dia masih anak yang suka bermain. Jarak usia yang terlalu dekat membuatkan dia menguasai keadaan. Kepimpinan terpimpin hehe

Anak adalah anugerah Allah yang amat bernilai kepada kita. Didiklah anak dengan usaha sendiri. Timbalah ilmu di mana-mana bengkel percuma atau berbayar. Ianya bukan untuk orang lain tetapi untuk keluarga kita juga.

Betapa pentingnya kita merancang dengan sebaik mungkin perjalanan, pendidikan dan hala tuju anak-anak dari kecil. Jika kita mahu mereka menjadi insan soleh wa musleh, tiada jalan pintas atau jalan Touch and Go untuk melakukannya.

 

Leave a Comment

CommentLuv badge