Adakah Kita Mampu Berdoa?

Doa-doa-Dari-Nabi-SAW-Untuk-Memulihkan-Penyakit.jpg (450×258)

Ibnu Atthailah dari kitab AlHikam ada menyebut:

Barang siapa yang di beri taufik oleh Allah untuk diringankan lidahnya untuk meminta daripada Allah untuk berdoa daripada Allah, maka itu adalah tanda bahawa Allah ingin mengabulkan doanya

Apabila saya membaca ayat di atas dari telegram Insyirah Azhar, hati saya terdetik. Adakah hari ini, saya sudah berdoa di luar solat?

Bersyukurlah jika anda telah menjadi insan pilihan Allah untuk merasai nikmat tersebut. Ia mampu memberikan anda ketenangan yang menenangkan jiwa kita.

Ayuh, kita perbanyakkan berdoa bersama ahli keluarga di bulan rahmat ini. Doa orang yang berpuasa pasti dimakbulkan oleh Allah. Alhamdulillah.

Leave a Comment

CommentLuv badge