Awak hidup lagi ke?

“Awak, awak. Tunggu la dulu, “jerit Mat kepada rakannya.

“Apa? ,” soal rakannya pula.

“Awak hidup lagi ke tak?, ” soal Mat.

Kawannya hanya mendiamkan diri sahaja.  Telinga saya yang mendengar pertanyaan itu terus memproses maklumat ke otak saya.

Saya berpaling untuk mengetahui punca soalan tadi.

“Awak, awak.  Awak hidup lagi ke tak ni?, “desak Mat kepada kawan lelakinya tadi.

“Hidup la. Nampak ni, nampak?,”soal rakannya semula.

“Sakit tak kena cucuk dengan doktor?, “soal Mat yang tidak berpuas hati dengan jawapan rakannya itu.

Rakannya tidak memberi jawapan. Cuma hanya tersenyum sahaja dan berlari untuk masuk ke kelas.

Alahai anak muridku,Mat. Baru tahun satu dah pandai bagi soalan aras tinggi kat kawan dia.

Cikgu yang mendengar ini pun boleh terkejut dan berhenti menulis sekejap.

Alahai, Mat.

Leave a Comment

CommentLuv badge