Nota Anak Kecil

kid-write

 

Hari ini, murid di ajar menulis luahan hati di atas kertas nota yang saya berikan. Ianya umpama satu rahsia. Orang lain tidak boleh membacanya hatta rakan sebelah.

Nota itu perlu diserahkan kepada saya.

Setengah jam diberikan untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Saya berjalan dari meja ke meja untuk mengutip kertas nota itu.

Setelah siap mengutipnya, saya mengucapkan terima kasih kepada murid-murid di atas kerjasama yang telah diberikan.

Sedang saya menyusun nota tersebut di atas meja tulis, mata saya terbaca satu nota yang menyentuh hati.

“Cikgu, tolong doakan untuk saya. Saya nak mak saya balik. Sudah lama dia lari dari rumah. Bukan saya tak nak datang sekolah macam dulu. Ayah yang tak sempat nak hantar saya dan adik. Kesian kat ayah. Saya nak hidup gembira dengan mak. Cikgu tolong doakan untuk mak ye. Saya dah berdoa tapi mak tak balik juga”.

Jantung saya seperti terkena renjatan elektrik. Terasa air mata mahu menitis. Ibu bapa bermasalah, anak yang menjadi mangsa keadaan.

Selesai sahaja azan Zohor berkumandang, saya mendoakan Allah memakbulkan permintaan ikhlas anak ini.

Ujian rumahtangga ialah ujian yang cukup besar. Bukan mudah untuk menghadapinya. Namun paling penting kebergantungan kepada Allah mestilah 100%.

Leave a Comment

CommentLuv badge