Bawang pakai make up ke?

onions

 

Seorang ibu mengajak anak lelaki yang berusia enam tahun pergi ke kedai. Stok bawang di dapur sudah hampir habis. Masakan pada hari tersebut memerlukan bawang yang banyak.

Mereka berdua turun dari kereta. Ibu ke bahagian barangan dapur manakala anak lelaki ke bahagian minuman sejuk. Bila ibu mengajaknya pergi dari situ, dia bertanya :

“Ibu, mana bawangnya?,” soal anak lelaki.

“Bawang kat sini tak cantik la,” jawab ibu.

“Eh, jap. Ibu tunggu dekat sini,” arah anak lelaki.

Si ibu hanya memerhatikan anak lelaki berlari ke tempat bawang. Tangan kanannya mengusap dagu manakala dahinya berkerut seperti memerhatikan sesuatu.

“Kenapa along?,” soal ibu.

“Bawang memang rupa macam ni. Mana ada cantik pulak?

Si ibu hanya tergelak.

“Ibu, ibu. Bawang pakai make up ke?,” soalan ini mencetuskan gelak ibu yang lebih kuat.

Moralnya di sini, kita mesti menggunakan bahasa yang betul ketika berinteraksi dengan anak. Kalau tidak, jenuh nak menjawab soalan si anak hehe

Leave a Comment

CommentLuv badge