Solat Sunat?

solat sunat
solat sunat

“Ayah, ayah. Kenapa ayah solat subuh masa ni?,” soal Bukhari.

“Ayah bukan solat subuh. Ayah solat sunat,” jawab ayah.

Bukhari termenung sekejap. Ayah bangun untuk solat sekali lagi.

“Ayah belum bersunat lagi?,” soal Bukhari lagi.

“Kenapa Bukhari tanya macam tu?,” tanya ayah pula.

“Sebab ayah kan solat sunat. Sunat tu kan potong kulit zakar,” jelas Bukhari dengan yakin.

Ayahnya tak jadi nak solat sunat apabila mendengar ayat anaknya itu. Rasa nak tergelak lebih kuat.

Ayah cuba memberi penjelasan yang paling ringkas sesuai dengan umur Bukhari.

“Solat sunat tu, kita buat selain dari solat wajib iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, dan Isyak,” ujar si ayah.

“Bukhari kena bersunat dulu kalau nak ikut ayah solat sunat?,” tanya Bukhari.

“Eh, tak. Solat sunat tak bermaksud Bukhari kena bersunat,” kata si ayah.

Anak kecil sememangnya suka menyoal perkara-perkara yang kita anggap remeh. Remeh di mata kita tapi bila anak menyoal, terkial-kial juga kita nak menjawabnya.

Leave a Comment

CommentLuv badge