Kita perlu kreatif

Mengajar alQuran kepada bayi dan kanak-kanak amat berbeza dari mengajar orang dewasa. Mengajar kanak-kanak perlu lebih kreatif kerana kita perlu memahami dunia kanak-kanak yang suka bermain.Contoh, bayi setahun lebih akan memaksa ibubapa kreatif dalam mengalih tumpuannya untuk menyebut setiap flashcard yang ditunjukkan. Ini kerana mereka dalam peringkat suka meneroka dan mahu melakukan pelbagai ‘kerja’nya sendiri. Ianya lebih ketara bagi kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.

Anak lelaki dan anak perempuan juga mempunyai cara belajar yang berbeza. Anak lelaki lebih nakal dan kurang daya tumpuan. Masalah pelat juga lebih dialami oleh kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Jika anda mempunyai masalah anak yang pelat bercakap, ayuh… bersegeralah ajarkan mereka al Quran kerana ia adalah ‘speech therapy’. Mengikut kata pakar, bagi mereka yang mempunyai kanak-kanak pelat, ibubapa perlulah bercakap dengan bulat dan jelas pada mereka selalu. Dalam kesibukkan, ibubapa selalunya tidak berkesempatan untuk berbuat begitu setiap kali kita bercakap. Maka, jika ada anak pelat, segeralah ajarkan mereka al Quran kerana al Quran itu perlu dibaca dan disebut dengan betul maka dalam proses mengajarnya, kita menyebutnya dengan bulat dan jelas, menyebabkan pelat mereka hilang secara berperingkat.

Rasululullah pernah bersabda:

“Memberi ilmu ketika masih kecil, laksana melukis di atas batu!” (Riwayat Baihaqi dan Thabrani).

Sememangya ini telah dibuktikan dalam sains bahawa jalinan saraf neuron otak pada kanak kanak sangat aktif dimana pada 3 tahun pertama bayi, sejumlah 300 trillion sel penghubung diwujudkan di dalam otak dimana sebelumnya tiada.

Abu Hurairah R.A. Meriwayatkan Secara Marfu’ : “Siapa Yang Mempelajari Al Quran Ketika Masih Muda, Maka AlQuran Itu Menyatu Dengan Daging Dan Darahnya. Dan Siapa Yang Mempelajarinya Ketika Dewasa, Ilmu Itu Akan Lepas Darinya Dan Tidak Melekat Pada Dirinya, Maka Dia Mendapatkannya Pada Hal Dua Kali”. (Diriwayatkan Oleh Baihaqi, Dailam Dan Hakim)

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad, 66, semasa ditemubual satu akhbar tempatan menyatakan “..jika kanak-kanak telah dididik dan diterapkan al-Quran dalam dada sejak kecil, mustahil mereka akan melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama.” jelasnya.

 

Sumber: http://www.islamicparentingnetwork.net/

Leave a Comment

CommentLuv badge