Pengaruh Televisyen Terhadap Anak Kecil

Televisyen

 

Semenjak kami melanggan siaran Astro (pakej biasa), rutin harian anak-anak terus berubah. Suka menonton kartun. Boleh dikatakan dunia mereka hanya kartun, kartun dan kartun. Meskipun kami menapis juga siaran kartun namun aksi ganas tetap ada. Aksi mereka juga turut berubah menjadi agak keterlaluan. Lebih teruk lagi, jadual tidur mereka mula berubah. Sebelum ini, mereka tidur juga disiang hari namun selepas itu, tiada istilah tidur dalam hidup mereka. Tonton televisyen dan bermain.Jangka masa mereka tidur sekitar 4-5 jam sahaja sehari. Hampir setiap malam, mereka tidak tidur sampai ke pagi. Sebelum saya pergi kerja, barulah mereka akan tidur.Pening kepala kami untuk mengubah tabiat mereka.

Disebabkan kesibukan kami menjalani urusan harian, kami terlupa membayar bil Astro. Disinilah titik perubahan berlaku. Kami membawa anak-anak berjumpa dengan doktor homoepati untuk mendapat nasihat dan rawatan untuk membaiki kitaran tidur mereka. Siaran kartun juga telah tiada. Mereka hanya boleh menonton kartun di tv 9 sahaja.Ketika ini, kami terus memperhebatkan aktiviti harian dengan alquran,aktiviti bersukan dan keluar bertemu dengan orang ramai. Kami sentiasa membacakan surah pendek untuk didengari oleh anak-anak. Alhamdulillah, jadual tidur mereka telah kembali normal malah mereka juga dapat mengingati surah pendek yang sering didengar oleh mereka. Malah gaya hidup mereka semakin baik.

Kami amat bersyukur dengan pertolongan Allah. Sememangnya kami amat khuatir ketika anak-anak terpengaruh dengan siaran kartun. Selepas ini, kami akan lebih berhati-hati mendidik mereka. Pengalaman yang dialami oleh kami sendiri lebih berharga kerana setakat mendengar pengalaman orang lain, ianya kurang memberi kesan.

Dalam doa yang sering diungkapkan “Ya Allah, semoga anak-anak kami menjadi pakar sains alquran dalam bidang masing-masing dan menjadi hafiz dan hafizah yang taat dengan perintah Allah dan rasulullah”

Leave a Comment

CommentLuv badge