Berkawan dengan anak

 

Menjadi kawan anak tidak semudah yang disangka. Apa taknya, silap haribulan kita naik angin dan anak-anak kena marah. Itulah senario yang sentiasa terjadi dalam hidup kami sebagai suami isteri.

Memang benar, kita pernah menjadi kanak-kanak tetapi alam tersebut telah lama berlalu dan zaman anak-anak sekarang terlalu berbeza dengan alam kita dahulu. Sekarang mereka terdedah dengan dunia gadget dan kita terdedah dengan sungai, kerbau, hutan, main masak-masak, bersanding dan sebagainya. Jauh bezanya, betulkan.

Perhatikan beberapa faktor berikut yang mungkin boleh mengubah persepsi kita sebagai ibubapa yang dewasa.

  1. Bertukar menjadi lebih keanak-anakkan

Bagi kanak-kanak, dunia interaksi dan sosialisasi akan terasa membosankan jika tidak ada alat permainan atau apa-apa yang boleh dijadikan permainan. Oleh itu jika kita hendak masuk ke dunia mereka, kita harus bersifat keanak-anakkan dan cuba bermain bersama mereka. Jika main sorok-sorok, kita pun menyoroklah juga hehe

 

  1. Bersedia untuk keluar dari zon anda

Menjadi kawan kepada anak-anak bermakna kita harus membawa mereka berjalan ke tempat yang mereka suka seperti taman permainan, taman rekreasi dan sebagainya. Jangan cepat berasa bosan dengan suasana tempat tersebut jika kita ingin benar-benar ‘berkawan’ dengan anak.

 

  1. Menjadi lebih penyabar

Untuk mencuri hati dan perhatian daripada anak, tentu sahaja memerlukan masa yang panjang. Untuk menjadi kawan kepada anak, kita mesti mengikut proses yang membolehkan kita bermain bersama mereka dan melakukan perkara yang mereka suka.

 

  1. Melihat dunia dari mata seorang anak kecil

Sudut pandang kanak-kanak memang berbeza dengan kita orang dewasa. Mereka mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri. Jika kita benar-benar ingin sentiasa dekat dihati anak, cuba lihat persekitaran kita melalui cara pandang dan persepsi mereka. Mungkin sesekali kitaperlu ‘berpura-pura’ boleh melihat dunia yang dilihat oleh anak anak.

 

Sebenarnya untuk membina ikatan ‘kawan’ dengan anak-anak memerlukan satu proses yang tidak mudah. Tetapi apabila anda sudah berjaya mendapat ‘kepercayaan’ anak, anda pasti berasa lega dan bahagia kerana anak akan menjadikan ibu dan ayah sebagai kawan baiknya dalam semua hal.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top