Didik Ahmad urus wang

 

Hampir 7 bulan kami mengajar Ahmad,4 tahun untuk belajar mengenai wang. Alhamdulillah, kesannya sudah nampak sesuai dengan umurnya. Dia belajar mengenai wang sekaligus dia juga belajar nombor dan mengaplikasikannya. Saya membenarkan Ahmad menggunakan tablet kerana didalamnya saya memasukkan perisian berkaitan nombor menggunakan syiling.

Setiap kali kami ke pasaraya, kami akan memberikannya wang rm1, adakalanya rm5 dan rm10 untuk dia menilai harga barang dengan wang yang dimiliknya itu. Banyak perkara lucu yang terjadi ketika proses pembelajaran berlaku secara spontan. Seronok sangat-sangat dapat berkongsi sesuatu dengan anak. Hubungan pun makin erat malah banyak soalan-soalan positif akan keluar dari mulutnya. Modul didik anak urus wang memang penting untuk dipelajari oleh ibubapa kerana majoriti anak Melayu lemah menguasai wang.

Oh ya, saya dan suami juga menggunakan Bahasa Melayu Tinggi ketika bercakap dengan anak-anak walaupun kami tinggal di Kelantan. Adakalanya ahli keluarga seperti tidak suka dengan bahasa yang diajar kerana mereka mahu anak-anak kami seperti anak-anak yang lain iaitu bercakap dalam dialek Kelate. Bagi kami, mengajar cara berbahasa yang betul adalah lebih baik kerana dialek akan datang dengan sendirinya. Saya sebagai ibu merangkap guru sekolah rendah lebih memahami betapa beruntungnya murid yang tahu menggunakan bahasa dengan betul. Mereka tidak akan keliru dengan apa yang diajar oleh guru berbanding murid yang hanya menguasai dialek sahaja.

 

Leave a Comment

CommentLuv badge