Ingin ke Baitullah

Assalamualaikum. Apa khabar pembaca yang dihormati? Saya doakan agar anda sentiasa sihat walafiat dan sentiasa gembira menghadapi perjalanan hidup pada hari ini. Sesungguhnya Allah memberi ujian mengikut kemampuan kita. Janganlah rasa ujian itu satu musibah besar dalam hidup.

Dua malam lepas, mata enggan lelap. Saya pun menonton siaran Astro Oasis dan kemudian Astro Tv Alhijrah. Semasa menonton tv alhijrah, tetiba siaran langsung dari Tanah Suci Mekah telah ke udara. Subhanallah, ramainya hamba Allah berada disana untuk beribadat. Hati saya begitu melonjak-lonjak untuk ke Tanah Haram. Sambil mengusap perut, saya bersembang dengan bayi dalam kandungan mengenai hasrat dihati untuk ke sana bersama keluarga.

Menonton dari tanah air sudah tidak sabar untuk berada didepan Kaabah. Ya Allah, kabulkanlah permintaan ini dan permudahkanlah jalan untuk kami sekeluarga mencari rezeki yang halal bagi menampung urusan ke sana. Amin.

Sebelum itu, saya telah menyaksikan siaran Dikir Zikir. Salah seorang pengacara mengatakan Maqam Rasulullah (selawatlah ke atas baginda) sentiasa dikunjungi manusia. Tidak putus-putus walaupun seketika. Ini antara tanda mukjizat tambahan pula Rasulullah adalah kekasih Allah. Hendak dibandingkan dengan kubur “kita”, setahun sekali baru ada yang melawat. Itu pun ketika hari raya. Hari biasa, belum tentu lagi.

Begitu juga dengan Kaabah. Sentiasa dikelilingi oleh umat Islam tanpa mengira waktu. Sentiasa penuh dengan manusia. Jika hendak dibandingkan dengan masjid ditempat kita, terlalu jauh bezanya. Manusia akan datang beramai-ramai ketika solat Jumaat, ada program besar-besaran atau hari perayaan. Itu sahaja.

5-IMG_0026.JPG (1600×1203)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top