Tingkatkan memori janin?

Tingkatkan memori janin? Kita semua mampu melakukannya.

Setelah isteri disahkan mengandung, pelbagai perancangan dan impian bermain difikiran bakal ibu dan bakal ayah malah tidak terkecuali juga bagi mereka yang telah memiliki cahayamata. Antara doa yang dimohon ialah ingin mendapat anak yang cerdik, berjaya, soleh/solehah, cantik dan sebagainya.

Tahukah anda? Sebenarnya setelah disahkan hamil, ibu hendaklah menjaga pemakanan, pergaulan dengan orang disekeliling (jika ada orang sebelah tengah mengumpat, tinggalkan mereka.Jangan biarkan janin mendengar ungkapan yang tidak elok), perbanyakkan berdoa malah semakin giat membaca ayat suci alquran. Andainya ibu tidak larat atau sibuk dengan kerja, ibu boleh memasang bacaan alquran menggunakan telefon bimbit (kebanyakan telefon sekarang sudah canggih) atau sebagainya. Usahakan yang terbaik agar janin biasa dengan kalam Allah.

Setiap apa yang kita lakukan, niatkan kerana Allah. Apa yang kita lakukan adalah suatu usaha untuk memelihara amanah Allah sebaik mungkin. Saya pernah mengikuti blog Puan Lina iaitu http://darwishndarwisya.blogspot.com/

“Anak saya boleh mencapai apa yang saya fikirkan jika saya berkeinginan dan dengan izin Allah, ia akan terjadi. Ketika hamil anak pertama itu, saya bernazar jika impian tercapai, saya akan berkongsi dengan masyarakat umum. Alhamdulillah anak saya (Darwisya Adrianna, 7, dan Darwish Adrian, 5) mampu menghafaz 30 surah al-Quran sebelum mencapai usia tiga tahun,” katanya yang menggunakan kaedah memainkan cakera padat video (VCD) surah yang perlu dihafal anaknya pada waktu Maghrib bagi membantu mereka mengingati al-Quran dengan lebih mudah.

Sebenarnya otak kanak-kanak sudah sangat bersedia untuk menerima apa saja pembelajaran sejak lahir. Otak mereka pada waktu ini ibarat span yang amat mudah menyerap air. Malah mengikut kajian sains, pada usia dua tahun, kapasiti otak kanak-kanak menyamai 80 peratus otak dewasa,” kata Puan Lina.

 

Percayalah wahai para ibu dan ayah, setiap apa yang kita mulakan dari awal akan membantu dan mempermudahkan sesuatu urusan kita di masa hadapan. Janin yang sudah biasa mendengar kalimah Allah akan memberi respon dan hanya si ibu yang dapat merasai reaksi janin tersebut. Setelah dilahirkan, normal bagi bayi menangis dan menangis. Sekiranya telah diberikan susu, bayi masih menangis, cubalah ibu atau ayah memasang surah yang biasa diperdengarkan kepada bayi ketika berada didalam kandungan. Insya Allah, bayi akan senyap dan boleh lena dengan sendiri. Saya sendiri telah merasai pengalaman ini dan memang terbukti benar.Apa yang didengarnya ketika bergelar janin telah merangsang memorinya setelah bergelar bayi!!!

Andainya usaha ini berterusan, insya Allah ingatan bayi anda pasti akan dikeluarkan setelah si comel sudah pandai berinteraksi dengan kita. Si comel pastinya belum pandai atau pelat untuk bercakap tetapi fasih untuk menyebut ayat suci alquran. Cubalah dan rasakan kebenarannya sendiri. Anda boleh membaca blog Puan Lina http://darwishndarwisya.blogspot.com/  atau blog mereka yang telah berjaya mendidik anak seawal usia malah sudah banyak video bayi pandai mengaji di youtube. Saya doakan usaha anda berjaya.

Leave a Comment

CommentLuv badge