Madu Lebah Kelulut

Assalamualaikum.

Kali ini, saya ingin berkongsi kebaikan madu lebah kelulut. Anak-anak memang gemarkan madu tersebut berbanding madu jenis lain meskipun rasanya agak masam. Tambahan pula, madu tersebut diletakkan didalam peti. Pernah dibiarkan berada diluar, madu tersebut terasa lebih masam dan tekak tak boleh nak menelannya. Pemilik lamanweb lebahkelulut.com telah mengatakan madu tersebut boleh diletakkan didalam peti. Jika tidak, enzim yang terdapat didalam madu tersebut akan aktif dan boleh menyebabkan madu terasa lebih masam. Setelah diletakkan didalam peti ais, rasa masam telah menurun.

Antara khasiat madu lelah kelulut untuk kanak-kanak :

Dr. Ibrahim Shuib :

Metabolisme

“Kelulut menjadikan resin di pokok jenis dipterocarp seperti meranti, keruin dan merawan di kawasan hutan sebagai sumber pemakanan untuk dibawa pulang ke sarang. Resin pokok-pokok hutan itu mengandungi antioksida yang tinggi. Ia merupakan agen pembersih bahagian dalaman badan yang membantu merangsang sel ketahanan tubuh manusia,” jelasnya yang berpengalaman selama empat dekad dalam bidang perubatan

Sumber: www.lebahkelulut.com

Bagi pembaca yang belum merasainya, anda perlu tahu bahawa rasa madu lebah kelulut akan berlainan mengikut musim. Jika anda membelinya ketika musim durian, madunya terasa manis tetapi rasa masamnya tetap ada. Ada juga madu yang rasanya pahit. Yang ini, anak-anak saya memang tak suka sebab pahit hehe Biasalah, kanak-kanak memang sukakan sesuatu yang manis sahaja.

Nutrigona_Madu-Lebah-Kelulut.jpg (764×1024)

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top