Jangan Tinggal Selawat Pada Nabi

Apa yang berlaku di rumah semuanya boleh menjadi pelajaran untuk anak- anak. Bukankah sekolah terbaik untuk anak adalah rumah yang didiami?

Waktu makan adalah antara waktu paling baik bagi menyampaikan ilmu.
Anak kecil kadang keliru nak guna tangan kanan dan kiri.


“Nak, makan dengan tangan kanan. Nabi ajar kita makan dengan tangan kanan”. Kita sebut dan terus tunjuk caranya.


Masa minum anak lupa lagi. Dia terus minum dengan tangan kiri.
“Nak, guna tangan kanan, sayang. Nabi ajar kita minum dengan tangan kanan”.

Kita sebut dan tunjuk caranya. Tujuannya agar anak lebih cepat faham dan ingat. Proses ini memerlukan sedikit masa.


Hari jumaat datang lagi. Tugas ibu adalah terus mengingatkan anak.
“Nak, selawat sayang, moga kita dapat berjiran dengan Nabi didalam syurga”.


Terharu mendengar cerita Ummu Umaro yang bersungguh menjadi benteng untuk Nabi semasa perang Uhud.
Bila ditanya “apa yang kau harapkan wahai Ummu Umaro?”.
“Aku berharap dapat berjiran nanti dengan Nabi di syurga”. Pendek dan padat jawapan Ummu Umaro namun sangat menyentuh hati.

Biasanya bila kita sayang, kita akan sebut selalukan?
Sayang Rasulullah, kita sebut ulang dan ulang sehingga kita pulang.
Bismillah. Jom kita sama-sama berselawat.

Leave a Comment

CommentLuv badge