Subuh Gajah

Subuh yang tenang pun, ada kalanya emosi ibu atau ayah terganggu juga sewaktu mengejutkan anak untuk bangun solat subuh. Cabaran mendidik boleh berlaku di awal pagi.
Sudah tentu, anda pernah mendengar ayat subuh gajahlah, subuh dinosaurlah. Kang dah tak pasal-pasal nama haiwan yang kena hihi. Kira borong semuanya.

Membaca buku Asam Garam Rumahtangga Nabi sering membuatkan hati terhibur. Kenapa? Haaa ini kerana…
Nabi juga kejut anak untuk solat subuh cuma cara Baginda sudah semestinya berbeza dengan kita.
Nabi mengejutkan anak dengan penuh kasih sayang. Malah di awal pagi sudah di sampaikan apa ganjaran yang akan kita dapat.

“Bangun solat wahai ahli keluarga! Sesungguhnya Allah hanya mahu menghapus kotoran daripada kamu wahai ahli bait”.

Indahkan cara Nabi!
Anak dikejutkan dengan diberitahu betapa kasihnya Allah yang mahu menyucikan diri kita.
Memanggil dengan panggilan “wahai ahli keluarga” pasti disampaikan dengan intonasi yang rendah dan kasih.


Jom, kita ikut cara Nabi. Kita belajar cara jaga intonasi dan dalam masa yang sama, kita menjaga kata- kata.

Ikut sunnah Nabi pasti ada hikmahnya.

Leave a Comment

CommentLuv badge