Sambil memasak di dapur, terlihat anak sedang ambil wudhuk .
Amboi, lajunya macam keretapi ekspres.
Basuh muka, tangan, kepala, kaki, semua laju .
Basuh lebih kurang .
Si Anak tidak sedar yang ibu berdiri depan bilik air.
Dengan sudip satu sambil memerhati .
Sudip, sebab sedang menggoreng sayur, bukan untuk pukul anak .
Ya, kata arwah emak dahulu, setiap ibu perlu ” cemburu ” pada anak .
Cemburu kerana kasih .
Perhatikan anak, apa yang mereka buat .
Anak perempuan, didengar cerita mereka.
Anak lelaki, ditanya apa aktiviti mereka, dengan siapa mereka berkawan, kenali kawan mereka .
Hari ini memerhati anak ambil wudhuk, kerana kasih .
Walau hati geram mendidih, teringat pula ayat Al Quran yang diajar kepada anak untuk kawal emosi marah.
” Kata Allah, tahan rasa marah, maafkan, dan Allah sangat sayang kepada mukhlisin ” .
” Mahu atau tidak termasuk dalam golongan yang disayang Allah ?” .
Kalau mahu, tahan marah dan maafkan kesalahan anak, ajari lagi .
Alhamdulillah hati sejuk teringat ayat Allah . Walau emosi marah masih bersisa, ditahan .
” Uwais, ambil wudhuk biar sempurna, ingat dalam wudhu tu dosa kita gugur, entah apa dosa mata, dosa tangan dosa kaki kita ni . Allah bagi hadiah, sambut hadiah tu . Sempurnakan wudhuk tu ” .
Tarbiyah ketika memasak .
Entah penggulangan kali ke berapa .
Semoga melekat di hati anak .
Setidaknya anak mendengar, sempurnakan wudhuk, gugur dosa, ini hadiah.
Tugas ibu menyampaikan selagi bernafas .
Pilihan di tangan ibu .
Mahu marah dengan emosi atau mahu menyampaikan .
https://t.me/sasupnsitinorlaila
Kredit kepada penulis, Puan Siti NorLaila