Berniaga Cara Rasulullah

Alhamdulillah.
Sejak SASU Bakery dibuka, ramai yang membeli untuk tujuan infaq .
Kami buat roti, sahabat bayar dan kami hantar untuk anak yatim atau asnaf .

Sambil menyampaikan amanah sahabat, kami berkongsi ilmu dengan mereka . Kami buka kelas sasu percuma.
Dapat ilmu dapat roti atau kek .

Bermula semalam, kami dirikan gerai di hadapan Rumah SASU.

Semalam yang menjaga gerai hanya Muhammad dan Uwais .
Hari ini, seawal pagi bertambah lagi penjual roti kami . Jadi lima orang . Semua anak saudara sendiri :joy::joy:.

Alang – alang anak saudara terkumpul, manfaatkan masa .
” Jom anak – anak, kita duduk dulu sebelum berniaga ” .
Kelas perniagaan di Rumah SASU .
Berniaga ikut cara Rasulullah.

Anak – anak perlu jelas ” big why ” tiap tindakan yang mereka buat . Bersungguh sangat mahu berniaga .
Buka khemah dan susun roti sendiri . Tidak disuruh, dipanggil pun tidak .
Rela bepanas bawah khemah .
” Anak – anak nak berniaga ni untuk apa ?” .
Soalan pertama saya.
Masing – masing tersenyum penuh makna .
” Oh nak duit ya ” .
Bertambah lebar senyum masing – masing .

” Kalau anak – anak berniaga setakat nak duit, kita dapat duit jer. Tahu tak macam mana sikap Nabi masa berniaga ?” .

Alhamdulillah, kelas marketing :joy::joy: petang ini bercerita tentang akhlak Nabi dalam perniagaan .
Bagaimana Nabi dididik berjumpa dengan berbagai jenis manusia sebelum diangkat menjadi Rasul .

Nabi diajar berurusan dengan manusia .
Mengenali sikap manusia .
Antara yang dikongsi bersama anak – anak petang ini.
Kelebihan senyum, salam, akhlak yang jujur dalam berniaga dan adab ketika menerima duit dan memulangkan baki .
Mulakan dengan niat yang benar .

Hari ini cuaca panas, insya Allah kelas berniaga cara Nabi esok, tadabur surah Quraisy .
Mengapa surah Quraisy ?
Insya Allah bersama anak – anak sasu esok .

https://t.me/sasupnsitinorlaila

Kredit kepada penulis, Puan Siti NorLaila

#berniagikutnabi

Leave a Comment

CommentLuv badge