Pagi ini membaca refleksi para peserta Sekolah Penulisan Ramadan. Salah seorang peserta yang kuat berusaha, Puan Adilawati Abdullah menulis,
“Saya mendaftar masuk ke kelas ini dengan perasaan ragu-ragu pada awalnya kerana terfikir samada ia berbaloi atau tidak..” Diam sebentar, ah apa yang berlaku? Kita teruskan pembacaan. Kata Puan Adilawati lagi, “Alhamdulillah. Dengan hanya menghadiri kuliah pertama sahaja saya merasakan segalanya berbaloi dengan wang yang saya laburkan.” Alhamdulillah. Puan Adilawati merupakan seorang guru, beliau berkata, …