Ittaqillah ya akhi, ittaqillah ya akhi

Pagi ini, usai Bang long Lukman Rosli mengajar mengaji, minta dia mengajar adiknya hadis .

Tiba – tiba, kata Bang Long.
” Ittaqillah ya akhi, ittaqillah ya akhi ” .

” Dah, kenapa pulak Bang Long ni ?” hairan Si Ibu tengok anak .
Sambil tangan Bang long menarik kerusi, terus duduk.

” Ibu tahu tak bu ?” Berseri muka Bang long, memulakan cerita.

” Masa Bang long kat Mesir, ada beberapa budaya yang lain sangat dari kita” .

” Budaya macam mana tu, Bang Long ?” seronok mendengar anak bercerita pengalaman belajarnya.

” Ibu bayangkan, Bang Long sedang borak – borak, gelak – gelak dengan kawan – kawan tiga empat orang, tiba – tiba salah seorang akan bercakap …ittaqillah ya akhi, ittaqillah ya akhi ” .

” Masya Allah, macam tu sekali Bang Long ?”

” Mestilah tengah syok gelak, terus terdiam kan?” makin rancak borak kami dua beranak.

” Iyalah ibu, diam terus. Uihh best ibu, lama dah Bang Long tak dengar macam tu ” .
Waktu mengungkapkan ini, ada nada hiba di hati anak .
Teringat permata kata – kata yang biasa didengar di Mesir, ada kerinduan di hati agaknya.

” Itulah yang tertulis dalam surah Az Zariyat kan, Bang Long, orang beriman perlu peringatan. Sambil cakap – cakap pun, tup – tup masuk peringatan supaya tak lagho kan?”

Jom sahabat, sama – sama kita amalkan ilmu baru ini.
Sambil – sambil berborak atau buat kerja, terus sebut ” ittaqillah ya akhi, ittaqillah ya akhi ” .
Small change, can make a big difference.

 

Kredit kepada penulis, Puan Siti NorLaila

Anda dialu-alukan untuk menyertai grup Telegram SASU.

https://t.me/sasupnsitinorlaila
#SASU

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top