Doa Nabi Musa

 

Masa mengaji, tiba – tiba anak berhenti pada ayat 151 Al A’ raf.
” Eh! macam biasa dengar ayat ni, ibu ” .

Alhamdulillah, syukur anak dapat ” tangkap ” ayat belajar masa ramadhan lalu.

” Tuuu ” sambil jari menunjukkan pada anak terjemahan ayat.
” Kan ni doa yang Nabi Musa baca. Kalau berselisih adik – beradik bacalah doa tu, ikut cara Nabi. Minta ampun untuk adik – beradik, minta rahmat Allah ” .

Ramadhan lalu, bercerita dengan anak tentang Nabi Musa dan Nabi Harun .
Selepas berselisih Nabi Musa berdoa, bukan untuk dirinya sahaja, mendoakan Nabi Harun .

Alhamdulillah anak masih ingat.
Agaknya bab adik – beradik bergaduh itu yang seronok anak dengar, terkait dengan diri, ayat Al Quran refleks pada diri sendiri .

 

Kredit kepada penulis, Puan Siti NorLaila.

Jemput join channel ni ye
https://t.me/sasupnsitinorlaila

Support group Sasu Islamic Homeschooling
https://t.me/joinchat/DJwVBFbpwdLXFj3l5XMQsQ

#SASU

Leave a Comment

CommentLuv badge