Harta Qarun Yang Tenggelam

Harta Qarun tenggelam dan harta penulisan terapung

Ini dikatakan sebahagian daripada istana Qarun.

Disebutkan, keluasan padang pasir di hadapan istana dan tasik seluas 1,270 km persegi ini adalah keluasan ruang yang menampung harta yang dimilikinya.

Apabila masuk ke dalam istana ini, ada sebuah lubang pada lantai. Kata pengiring, mahu mengambil harta semudah hulurkan tangan ke bawah dan kautlah sebanyak mana yang mungkin.

Qarun dan hartanya tidak menjadi manfaat kepada kita sekarang kerana perintah agar mengagihkan harta dari langit tidak disambut.

“Syukurlah kita tak jadi Qarun, harta banyak yang menenggelamkan dia.”

Nanti dahulu.

Setiap orang ada harta tersendiri. Apabila tidak diagihkan, maka ia menenggelamkan dirinya. Dilupakan, tidak dianggap sebagai manfaat dan disifatkan tidak relevan ketika dia ada.

Harta itu adalah harta pengalaman dan pengetahuan yang dituliskan.

Siapa akan manfaatkannya?

Anak-anak dan pasangan ketika kita ada dan tidak ada. Penulisan kita adalah peneguh hati mereka ketika mereka diasak ujian.

Cucu-cucu yang baru kenal kita. Dia akrab dengan manfaat penulisan kita.

Cicit yang tidak menemui kita secara jasad, tetapi melalui penulisan.

Orang sekeliling yang menggunakan harta penulisan kita untuk membentuk jalan hidup mereka.

Pengalaman dan pengetahuan kita adalah harta. Harta ini dapat menimbulkan bahagia jiwa dan damai hati hanya apabila ditulis dan diagihkan manfaatnya.

Harta Qarun tenggelam dan harta penulisan terapung

Hari ini hari Jumaat, hari yang sesuai kita berkeputusan, menggunakan 11 petunjuk ilmu bagi mengurus harta penulisan ini.

Pendaftaran sudah pun dibuka, lihat 11 petunjuk dalam link dibawah.

https://yosh.my/order/form/spr2022/main

Leave a Comment

CommentLuv badge