“Apakah faktor nombor satu menjadikan tulisan kita sampai kepada khalayak yang betul?
Adakah kerana isi buku, kulit buku yang menarik atau kerana topik keluar pada masanya?”
Potongan terakhir roti sandwich dikunyah perlahan-lahan.
Garpu yang tidak digunakan ditolak ke tepi dan soalan tadi dijawab ringkas, “Kenal pembaca yang lapar topik itu. Mereka akan mencarinya.”
Itulah sebabnya kenapa sebahagian penerbit memohon penulis memberitahu mereka siapa pembaca topik itu.
Makhluk di bumi ini ramai, jangan sebut ditulis untuk semua.
Bayi umur tiga bulan pun dikira ‘semua’.
Nampak sangat lompangnya.
Belajar menulis dengan menggunakan 11 petunjuk ilmu dan tiga panduan besar dalam link dibawah.